Menjadikan Bahagian Pengurusan dan Kewangan sebagai nadi dan penggerak utama utama pengurusan Jabatan Ketua Menteri dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik serta berkesan yang boleh dicontohi oleh semua agensi.


Memastikan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan operasi dan pembangunan jabatan/agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri mengikut tatacara Kewangan Negeri selaras dengan Amalan Jimat Cermat.

Mengawal dan memantau prestasi perbelanjaan jabatan/agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri serta memastikan aktiviti kewangan dikendalikan dengan teratur dan efisyen.

Memastikan bekalan dan kelengkapan pejabat termasuk alat tulis dan mesin serta penyelenggaraan kenderaan diperolehi, diagih, diselenggara dan dilupus dengan berkesan.

Memastikan semua anggota kerja di Bahagian Pengurusan dan Kewangan mestilah terdiri daripada anggota kerja yang mahir, cekap, berilmu dan sentiasa meningkatkan kualiti kerja.